Cara Pembungkusan Produk
- Che Fadhil Awang
- Nov 15, 2014
- 2 min read
Teks : FadhilAwang Studio
Bagi yang menjalankan bisnes online, pasti tercari-cari panduan yang boleh digunakan untuk membungkus produk yang hendak dipos kepada pelanggan. Jika tidak tahu cara yang betul pasti membawa masalah seperti produk tidak sampai ke tangan pelanggan, bungkusan tidak di terima pejabat pos atau berlaku kerosakan pada barang.
Peniaga online sekarang lebih mudah kerana pihak Pos Malaysia telah mengambil langkah initiatif dengan menyediakan bungkusan dan kotak khas untuk peniaga online. Juga boleh menggunakan perkhidmatan syarikat selain Pos Malaysia jika mahu. Kali ini saya berkongsi perkhidmatan Pos Malaysia.
(Artikel ini saya petik dari Laman Utama http://www.poslaju.com.my/)
Jika biasanya anda membungkus dahulu barangan atau dokumen anda, baru menimbang berat dan seterusnya membayar untuk penghantaran, kini tidak perlu lagi. Dengan Kotak dan Sampul Prabayar PosLaju, kami perkenalkan cara paling mudah untuk menghantar bungkusan anda. Hanya perlu beli kotak/sampul Prabayar PosLaju, bungkus dan terus hantarkan.
Kotak/Sampul Prabayar PosLaju hanya untuk kegunaan dalam Semenanjung Malaysia sahaja dan boleh didapati di lebih 300 cawangan termasuklah PosLaju, Pejabat Pos dan agen jualan terpilih di Semenanjung Malaysia.
Cara Menggunakan 1. Beli Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar di mana-mana pusat jualan yang terpilih. 2. Isikan slip pengeposan (borang PL1A) yang disertakan bersama Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar tersebut. 3. Masukkan slip pengeposan (borang PL1A) di dalam poket plastik tersedia pada Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar tetapi JANGAN tutup pelekat tepi poket plastik tersebut. 4. Serahkan Kotak Prabayar atau Sampul Prabayar kepada Pusat PosLaju atau Pejabat Pos yang berdekatan untuk pengeposan.
Ciri-ciri dan Kelebihan -PENGHANTARAN EKSPRESS: Serahan esok hari, tertakluk di dalam kawasan Serahan PosLaju dan hari bekerja sahaja -Lengkap dengan sistem Track & Trace -Lengkap dengan bukti penerimaan bungkusan -Tuntutan gantirugi untuk kehilangan/kerosakan sehingga Rm300*. PosLaju tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan lebihan had berat atau isi kandungan terlarang *Tertakluk kepada terma & syarat
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi: a. Pusat Khidmat Pelanggan di talian PosLine 1-300-300-300 dari 8:30 pagi – 8:00 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan dari 8:30 pagi – 5:00 petang pada hari Sabtu (kecuali Sabtu pertama setiap bulan dan cuti umum) b. Layari www.poslaju.com.my atau www.pos.com.my

Comments