top of page
Writer's pictureFadhil Awang

Cara Nak Jimatkan Kos Peguam, Jika anda Beli Rumah ‘SECOND HAND’. Lakukan 3 Perkara Ini .


Beli rumah ‘second hand’ tak sama dengan beli rumah ‘undercon’ dengan pemaju. Proses yang perlu dijalani juga turut berbeza.


Pembeli rumah ‘second hand’ perlu melakukan banyak proses pertukaran nama pada segala bil dan dokumen yang ada.


Ramai pembeli rumah ‘second hand’ terlepas pandang perkara-perkara penting yang perlu dilakukan lebih-lebih lagi si pembeli rumah pertama.


Kebanyakan pembeli rumah ‘second hand’ ini beranggapan selepas selesai urusan beli rumah, sudah tidak perlu lakukan apa-apa lagi. Hanya tinggal nak masuk rumah sahaja.


Selepas urusan beli rumah ‘second hand’ pembeli perlu lakukan pertukaran nama pada 3 perkara ini :

1) Tukar nama ada segala bil utiliti


Ramai pembeli terlupa dan terlepas pandang untuk menukar nama pada segala bil utiliti seperti bil elektrik, bil air, dan juga Indah Water.


Sepatutnya, setelah selesai sahaja urusan jual beli rumah ‘second hand’, pembeli perlu ke pejabat pembekal perkhidmatan utiliti seperti TNB, SBA, dan IWK untuk membuat pertukaran nama.


Ini bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan apabila sampai bil dirumah, nama orang lain (nama penjual).


Untuk melakukan pertukaran nama pada bil utiliti, pembeli rumah boleh menggunakan dua cara ini :

A: Buka akaun baru

Pembeli rumah boleh buka akaun baru untuk bil utiliti tersebut dan perlu membayar wang deposit dengan jumlah bergantung kepada jenis rumah yang dibeli.


Setelah selesai proses pembukaan akaun baru, pemilik asal boleh lah membatalkan kesemua akaun lama. Tapi sebelum itu, sila pastikan pemilik asal rumah anda membayar segala tunggakan yang ada ya!

B: Sambung guna akaun pemilik lama

Pemilik baru boleh mengekalkan akaun lama pemilik lama, tapi hanya perlu lakukan pertukaran nama sahaja. Tetapi dalam kes ini, pemilik baru perlu memulangkan bayaran deposit bil utiliti kepada pemilik lama.


Ini kerana pemilik lama tidak akan terima deposit selagi tidak melakukan pembatalan akaun.


2) Tukar nama pada rekod cukai pintu


Ramai juga yang terlepas pandang untuk lakukan permohonan pertukaran cukai pintu. Sebagai pemilik baru, anda perlu pergi ke Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran untuk buat pertukaran nama dalam rekod cukai pintu.


Berikut merupakan senarai dokumen yang perlu disedikan untuk proses pertukaran nama ini:


  • Salinan kad pengenalan

  • Salinan SNP

  • Salinan geran (yang telah dipindah milik kepada nama pemilik baru)

  • Salinan cukai pintu terkini


Pembeli juga perlu buat bayaran caj perkhidmatan yang sepatutnya.

3) Tukar nama pada bil ‘maintenance’ dan caj servis


*Proses ini hanya tertakluk pada rumah berstrata sahaja.*

Pembeli perlu memaklumkan kepada bahagian ‘maintenance’/ JMB (Joint Management Body) bahawa anda adalah pemilik baru unit tersebut.

Proses ini dilakukan supaya pihak pengurusan dapat mengemaskini rekod pemilik baru dan segala bil penyelenggaraan dan caj servis akan dihantar kepada pemilik baru, iaitu anda!

Yang menjadi isu dalam proses ini ialah, siapakah yang bertanggungjawab untuk melakukannya?

Adakah penjual, pembeli, atau peguam?

Untuk pengetahuan, proses pertukaran nama ini adalah tanggungjawab pembeli. Cuma ada sesetengah peguam yang menawarkan servis ini sekali dengan urusan jual beli.

Sebenarnya proses ini bukanlah satu tugas wajib bagi seorang peguam. Sekiranya ada peguam yang menawarkan perkhidmatan ini, sudah tentu pembeli akan dikenakan caj yuran guaman.

Untuk kurang dan menjimatkan kos, pemilik rumah atau pembeli boleh melakukannya sendiri. Bukanlah satu proses yang rumit, cuma perlu luangkan masa sedikit untuk uruskannya.

Sekiranya pemilik baru atau pembeli rumah tidak melakukan proses pertukaran nama ini, dan ada pula tunggakan yang masih belum dijelaskan, pemilik asal akan dituntut oleh pihak atasan.


Jadi, penting juga untuk pemilik asal melakukan ‘follow up’ dan sahkan pertukaran nama dilakukan atau tidak.

Jangan pula apabila sudah dapat rumah, segala tanggungjawab dilupakan. Kesannya, diri sendiri yang perlu tanggung.


199 views0 comments

Commentaires


LANGGAN NEWSLETTER UNTUK KONTEN EKSLUSIF TERUS KE INBOX ANDA!

Never miss an update

Click Featured Posts!!

FB_IMG_1523503987723.jpg

Upcoming Events

  • Photography Studio Promosi
    Photography Studio Promosi
    Sab, 20 Okt
    EYE M PIXEL STUDIO
    20 Okt 2018, 9:00 PG – 17 Nov 2018, 11:00 PTG
    EYE M PIXEL STUDIO, NO 39-1,, JLN SP3/4,, SAUJANA PUCHONG, Taman Saujana Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia
    20 Okt 2018, 9:00 PG – 17 Nov 2018, 11:00 PTG
    EYE M PIXEL STUDIO, NO 39-1,, JLN SP3/4,, SAUJANA PUCHONG, Taman Saujana Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia
    Kini PROMOSI akhir tahun tiba lagi!!!! Terbuka untuk semua yg ingin ambil gambar di studio dengan pakej yg melampau MURAH!! Eye M Pixel Studio di hati anda. #photoshootproduct #photoshootstudio #eyempixelstudiophotography #studiopuchong #gambarstudiomurah #familypotrait #photoeditingservices
    Share
bottom of page